Saturday, July 17, 2010

APA YANG PATUT ADA PADA KAUNSELOR ISLAM

MEMILIKI ILMU ISLAM DAN TAKWA

Sudah tentu keperibadi Islam yang utama.Telah lepas atau tahu ilmu fardzu ain yang lengkap..Tahu batas2 bergaulan dan larangan Islam.Mendirikan solat dengan sepenuh serta banyak melakukan ibdah2 sunnat,Serta sering mendalami ilmu Islam...dengan sering hadir dimajlis2 ilmu di surau atau masjid.

Mengetahui sifat2 terpuji serta sifat2 yang terkeji.Membuatnya dengan sedaya mungkin dan ikhlas semata2 kerana Allah swt.

Mungkin nampak terlalu aidil...tetapi itulah yang sepatutnya...ini tidak ada dalam kaedah dan teori barat.Mungkin saranan ini tidak tercapai dengan sepenuhnya.Tetapi hendaklah kita cuba sedaya mungkin kemudian tawakallah kepada Allah swt.

Memang kita tidak digalakkan terlibat dengan masalah klien...tetapi kita bantu setakat termampu jika kita berkemampuan dengan tidak mengharapkan balasan.Biarlah Allah saja yang menilai..Cuma Islam mengalakkan kita terlibat turut mendoa kepada Allah agar masalahnya dapat diselesaikan...Disamping juga ia yang bermasalah berdoa juga malah lebih bersungguh2 dan tidak erti jemu dan putus asa.

Tatasusila serta adab Islam perlu jika dengan sepenuhnya atau sedapat mungkin...Sering bertaubat serta memohon pertunjuk dan taufik dari Allah...Jika berjaya syukur pada Allah..jika pujian diterima kembalikanlah pada Allah kerana IA yang memberi kejayaan itu..Jika gagal mohonlah keampunan dari Allah swt...







No comments:

Post a Comment