Saturday, July 17, 2010

APA YANG PERLU ADA PADA KLIEN

PERLU SABAR DAN TIDAK TERGESA2 
SERTA SENTIASA BERTAUBAT

Sudah penyerahan diri pada Allah.Disamping berdoa dan sentiasa bertaubat serta melipatganda ibadah.Tentunya mendengar dengan baik apa yang disarankan oleh kaunselor.Disamping bersangka baik dan menjaga adab2 Islam.Jika boleh apa yang sarankan dibuat dengan sepenuh hati...dicuba sedaya upaya...Kaunselor hanya mencadang serta memberi jalan2 atau cara2...maka kitalah yang memilihnya..disamping usaha atau jalan yang dipilih itu tidak melanggar syarak.

Kaunselor sudah tentu menyarankan perkara2 yang tidak bertentangan syarak...kerana ini perkara pertama dan pokok.Inilah membezakan kaunseling barat dengan kaunseling Islam.Ditambah kita hanya berpandukan Quran,sunnah atau perkara2 yang dibenarkan oleh syarak sahaja.

Solat2 serta doa2 perkara utama yang patut diutamakan.Kerana apa...sebab segala masalah itu datang dari Allah sebagai ujian atau kifarah atas dosa yang kita lakukan.Ini sudah tentu Allah jua lah yang dapat menyelesaikan masalah kita.

Harusn kita sedar segala masalh datang segera atau lambat maka selesai pun mungkin segera atau lambat...maka klien perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi.Ingat segala masalah Allah beri mungkin sebagai
penebus dosa yang telah kita lakukan.Maka banyakkan taubat.

Elakkan mencari atau membuat kaunseling dengan orang bukan Islam.Tentunya ia tidak berpandukan Islam...dan mereka kurang arif tentang hukum2 Islam seperti dosa.Mungkin apa yang disarankan bertentang dengan Islam.

Seperkara lagi elakkan juga kaunselor dan klien berlainan jenis...mungkin menimbulkan fitnah dan mungkin haram...kecuali muhram...atau diteman oleh bapa atau emak ...mungkin juga muhram2 yang lain seperti abang dan sebagai.Tak mustahil boleh jadi kes jatuh cinta atau skandal dengan kaunselor.Lainlah jika kalau jodoh..itu pun segala sessi perjumpaan ditemani muhram...Ini sangat penting dan wajib dalam kaunseling Islam.Tidak berdua lelaki dan perempuan itu...malah ia diteman oleh syaitan untuk mengoda...Jangan menganggap kita boleh mengatasi masalah godaan syaitan.Kita ini siapa dan jangan sekali bersifat sombong.


No comments:

Post a Comment